Tuesday, February 26, 2013

program Pemimpin Bersama Komuniti, Kolej Komuniti Kuantan




Pada 24 Februari 2013, Kolej Komuniti Kuantan telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Komuniti yang telah diadakan di Padang Awam, Kampung Chempaka, Kempadang, Kuantan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pemimpin dengan penduduk kampung berkenaan. Kira-kira 600 orang penduduk kampung Chempaka telah menyertai program ini. Beberapa acara telah diadakan sepanjang program seperti pertandingan bola sepak lima sebelah, pertandingan memasak. Para pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan turut mengadakan demonstrasi masakan dan ukiran buah.

Acara permainan bola sepak telah bermula se awal jam 9.00 pagi yang turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Shafik Fauzan, ADUN Inderaputera dan Dato' Suffian bin Awang, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga penduduk setempat.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Tanjung Lumpur merangkap Ahli EXCO Kerajan Pahang yang juga Pengerusi Kolej Komuniti Kuantan. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlawanan bola sepak dan pertandingan memasak.

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA KOMUNITI DI KAMPUNG CHEMPAKA, KEMPADANG, KUANTAN PAHANG

Pada 24 Februari 2013, Kolej Komuniti Kuantan telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Komuniti yang telah diadakan di Padang Awam, Kampung Chempaka, Kempadang, Kuantan. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pemimpin dengan penduduk kampung berkenaan. Kira-kira 600 orang penduduk kampung Chempaka telah menyertai program ini. Beberapa acara telah diadakan sepanjang program seperti pertandingan bola sepak lima sebelah, pertandingan memasak. Para pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan turut mengadakan demonstrasi masakan dan ukiran buah.

Acara permainan bola sepak telah bermula se awal jam 9.00 pagi yang turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Shafik Fauzan, ADUN Inderaputera dan Dato' Suffian bin Awang, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga penduduk setempat.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Tanjung Lumpur merangkap Ahli EXCO Kerajan Pahang yang juga Pengerusi Kolej Komuniti Kuantan. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlawanan bola sepak dan pertandingan memasak.




Saturday, July 21, 2012


SAYA MOHON MENCADANGKAN AGAR BAJET KALI INI DIMASUKKAN PERKARA SEPERTI BERIKUT:


KEMENTERIAN PELAJARAN

1. SAYA MENCADANGKAN DI WUJUDKAN SEMULA KELAS PERALIHAN UNTUK BELAJAR BAHASA INGGERIS SELAMA SETAHUN. KELAS INI IALAH SELEPAS TAMAT DARJAH ENAM (6) DAN SEBELUM MEMULAKAN TINGKATAN SATU (1). DALAM 'KELAS PERALIHAN' SETAHUN MURID-MURID DIAJAR BAHASA INGGERIS SEPENUHNYA.

KEMENTERIAN PERTANIAN

2. SEDIAKAN PERUNTUKKANN YANG BESAR KEPADA FAMA DAN AGENSI LAIN BAGI MEMBOLEHKAN AGENSI-AGENSI BERKENAAN MEMBELI HASIL KELUARAN PERTANIAN DAN PENTERNAKAN. KESAN DARIPADA LANGKAH INI MEMBOLEHKAN PETANI DAN PENTERNAK BERPUAS HATI HASIL PEKERJAAN YANG MEREKA LAKUKAN MENDAPAT PULANGAN SETIMPAL. SELAIN DARIPADA ITU MEMBOLEHKAN MEREKA MEMBUAT BAYARAN BALIK PINJAMAN MODAL.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN INDUSTRI (MITI)

3. NABI MUHAMMAD BERDAGANG DENGAN YAHUDI. TETAPI ADA ORANG BERPENDAPAT HARAM BERDAGANG DENGAN YAHUDI TETAPI TIDAK HARAM BERDAGANG DENGAN KRISTIAN, HINDU DAN KOMUNIS. SEDANGKAN HAKIKATNYA SAMA-SAMA MEMBUNUH ORANG ISLAM.

KEMENTERIAN KERJA RAYA

4. PERLU ADA PERKHIDMATAN KERETA API ATAU KOMUTER DARI K.L - KUANTAN ATAU SEKURANG-KURANGNYA DARI KL - TEMERLOH.   SEDANGKAN PERKHIDMATAN JENIS INI ADA KE UTARA (KL - TANJUNG MALIM) DAN KE ARAH SELATAN (KL - SEREMBAN). PENGANGKUTAN INI AKAN MEMBOLEHKAN PERTAMBAHAN PELANCONG YANG BERKALI GANDA KE NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR KHUSUSNYA PAHANG. SELAIN ITU AKAN BERLAKU PEMBANGUNAN YANG LEBIH PESAT DAN SEIMBANG DI PANTAI TIMUR BERBANDING DI PANTAI BARAT.

JIKA JALAN BERBUKIT HENDAK DIRATAKAN, JKR PERLU 'OFFER' KEPADA SYARIKAT PERUMAHAN UNTUK MENGAMBIL TANAH-TANAH DENGAN HARGA BERPATUTAN. HAL INI DAPAT MENGURANGKAN KOS PEMBINAAN LEBUH RAYA/JALAN RAYA OLEH JKR.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

5. PERLU DIWUJUDKAN KENDERAAN RODA TIGA ATAU TUT-TUT. KENDERAAN INI SELAMAT DIGUNAKAN DI INDONESIA DAN THAILAND. HARGANYA SAMA DENGAN HARGA MOTOSIKAL TETAPI KELEBIHANNYA BOLEH MENCEGAH TERKENA HUJAN DAN PANAS. KENDERAAN JENIS INI SESUAI UNTUK MEMBAWA PELANCONG BERSIAR-SIAR DAN MEMBAWA MURID SEKOLAH. IA SEPERTI SEBUAH TEKSI KECIL TETAPI MENJIMATKAN PETROL. PROTON SEPATUTNYA MEMBANGUNKAN KENDERAAN INI

6. PROTON PERLU MEMBANGUNKAN KERETA, BAS, LORI DAN MPV YANG BOLEH DIJADIKAN TEMPAT TIDUR BAGI PEMANDU UNTUK MENDAPAT REHAT YANG SEPATUTNYA SEBELUM MENERUSKAN PEMANDUAN. KETIKA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO RAMAI PERWAKILAN ATAU PENGIKUT MEREKA YANG TIDUR DALAM KENDERAAN WALAUPUN TIDAK SELESA TETAPI TERPAKSA.

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

7. SEMUA JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM PENTING KALAU TIDAK PENTING MASAKAN IANYA DIWUJUDKAN. SEHUBUNGAN ITU KENAIKKAN PANGKAT 'TIME-BASES' DARI GRED 41 KE GRED 44 BAGI YANG YANG BERKHIDMAT 8 TAHUN YANG KINI DIBERI KEPADA GURU PERLU DIPANJANGKAN KEPADA PEGAWAI PENERANGAN, PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT, KAUNSELOR DAN LAIN-LAIN LAGI.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

8. WUJUDKAN KOPERASI RAKSASA 1MALAYSIA. KOPERASI INI PERLU MEMPUNYAI MODAL BESAR UNTUK BEROPERASI KE PERINGKAT GLOBAL SUPAYA DAPAT MERAIH PENDAPATAN YANG TINGGI BAGI MEMBANTU MENCAPAI WAWASAN YAB PM MENJADIKAN NEGARA DAN RAKYAT MAJU BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020 (8 TAHUN LAGI).

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

9. TRANSFORMASI DALAM RUMAH PENJAGAAN WARGA TUA PERLU DIADAKAN. RUMAH INI TIDAK PERLU LAGI DIANGGAP TEMPAT 'PEMBUANGAN' ORANG TUA TETAPI  TEMPAT ORANG TUAN MENGGUNAKAN SAKI-BAKI UMURNYA DENGAN TENANG DALAM MEMPELAJARI AGAMA, MEMBETULKAN BACAAN AL QURAN DAN IBADAT-IBADAT SEBELUM MENEMPUH ALAM BARZAH. TENTU MEREKA INI TIDAK BEGITU TENANG DAN BERKESEMPATAN MELAKUKANNYA DIRUMAH KERANA GANGGUAN CUCU-CUCU DAN TIADA USTAZ PEMBIMBING. BERKAITAN INI, MAKA PERLU DIWUJUDKAN TEMPAT BERTEMU SAUDARA-MARA YANG LEBIH PRIVASI. KURSUS BAGI MELAHIRKAN GURU-GURU TERLATIH KHAS DALAM PENJAGAAN ORANG TUA PERLU DIADAKAN. KEUTAMAAN PERLU DIBERI KEPADA PEMEGANG DIPLOMA JURURAWAT LELAKI KERANA ORANG-ORANG TUA BIASANYA MENGALAMI KEUZURAN DAN MEMERLUKAN LELAKI UNTUK MENGANGKAT ATAU MEMANGKU.

KEMENTERIAN KESIHATAN/JPA/KPWKM

10. JURURAWAT LELAKI PERLU DIJADIKAN PERJAWATAN KADER DI RUMAH KEBAJIKAN SAMA ADA SECARA TETAP ATAU KONTRAK.

KEMENTERIAN PERUMAHAN/MARA/MAJLIS BANDARAYA/MAJLIS BANDARAN

11. HANYA 10% RUMAH KEDAI DAN KEDAI TEPI JALAN DIBELI OLEH BUMIPUTERA SEJAK 50 TAHUN LALU. SELEBIHNYA DIBELI OLEH ORANG BUKAN BUMIPUTERA. KAWASAN TEPI JALAN ADALAH MERUPAKAN "KAWASAN EMAS". MEMPUNYAI PELANGGAN TEMPATAN DAN PELANGGAN YANG LALU LALANG, TERMASUK PELANCONG.

BAGI MENJANA EKONOMI BUMIPUTERA DAN PENINGKATAN DALAM PENGUASAAN EKONOMI, RUMAH KEDAI YANG BERKONSEPKAN MESRA KELUARGA PERLU DIBINA DENGAN HARGA RM200,000 KEBAWAH.

TRANSFORMASI PERLU DIADAKAN DALAM REKA BENTUK RUMAH KEDAI IAITU DENGAN MENJADIKAN LORONG BELAKANG SEBAGAI LALUAN / TANGGA NAIK KETINGKAT ATAS. OLEH ITU JALAN BELAKANG INI PERLU LUAS, BOLEH PARKING KENDERAAN. MEMPUNYAI TANGGA YANG LUAS DAN ADA HALAMAN UNTUK MELETAKKAN PASU BUNGA. JIKA HARGA SEDEMIKIAN DAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEDEMIKIAN MAKA AKAN MENARIK BUMIPUTERA MEMBELI RUMAH KEDAI BERKENAAN.

KEMENTERIAN SUMBER ASLI/MAJLIS BANDARAYA/MAJLIS BANDARAN

12. DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKKAN SEDIA ADA SEPERTI BAJA, KOS MENYIRAM DAN PEMBELIAN BENIH, PEJABAT-PEJABAT INI PERLU MENGADAKAN TRANSFORMASI DALAM MENANAM POKOK. POKOK HIASAN PERLU DIGANTIKKAN DENGAN POKOK JENIS GAHARU, CENGGAL DAN MERANTI. SETELAH BERUSIA 30 TAHUN IANYA DITEBANG DAN DAPAT MEMBERI PULANGAN BERATUS BILLION KEPADA KERAJAAN. SELAIN ITU DAPAT MEMBANTU INDUSTRI PERUMAHAN TERUS BERKEMBANG.

Sunday, February 7, 2010

Orang Kuala Berang penduduk terawal di Malaysia?

Semalam (7 Februari 2010, Ahad) dalam akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian disiarkan berita tentang penemuan rangka manusia zaman pra-sejarah, Zaman Mesolitik, dipercayai remaja berkeadaan meringkuk dalam Gua Bewah, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Usia rangka manusia tersebut dianggarkan 8,000 hingga 11,000 tahun. Analisis saintifik akan dibuat di Amerika dan keputusanya akan diumumkan kerajaan kemudian.

Dipaparkan perkara penting yang berlaku di Kuala Berang:

1) Didiami manusia sejak 11,000 tahun dahulu;
2) Terdapat Batu Bersurat yang menandakan kedatangan Islam di Kuala Berang pada awal Abad Ke-14 (1303M tercatat tarikh pada Batu Bersurat tersebut);
3) Pemashuran Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu Pertama pada tahun 1708Masehi;
4) Sheikh Abdul Malek (SAM) diketahui sebagai ulamak terawal yang tercatat nama dalam dokumen kerajaan/istana . Mungkin beliau mempunyai hubungan keluarga dengan istana (melalui perkahwinan), itulah sebab namanya ada. Sungguhpun dipercayai ada ulamak lebih awal daripada beliau terutama yang hidup pada era Batu Bersurat di pahat khususnya
Abad Ke-14, tetapi tiada sebarang catatan dibuat oleh penulis/pengembara zaman itu. Riwayat mengenai sejarah kita hanya bergantung kepada pengembara China dan barat sebelum kemunculan Munshi Abdullah. Beliau (SAM) dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Hidup sezaman Sultan Terengganu Pertama.

Mengapa rangka manusia hanya dijumpai dalam gua?. Mungkin kematian ditempat lain, diluar gua akan terdedah kepada kemusnahan oleh proses luluhawa disebabkan agen hujan dan panas ribuan tahun dan kemudian dihanyutkan air hingga menyebabkan bukti terus hilang. Dalam gua, jasad dan tulang akan terselamat walau berkemungkinan beberapa jasad dilarikan binatang buas keluar gua atau kadang-kadang ada yang mati dibaham binatang buas, terbiar di luar dan hilang.

Apa yang menarik nanti mohon Kerajaan Terengganu membuat ujian DNA untuk dipadankan dengan penduduk Kuala Berang untuk mengenalpasti pertalian keturunan. Baru-baru ini, ujian mendapati lelaki Eropah berasal dari lelaki Mesir dan Algeria. Kajian menggunakan kaedah kimia (kalau tak silap).

Kuala Berang oh Kuala Berang. Satu persatu sejarah silam mu dibongkar menggambarkan daerah mu begitu sesuai untuk didiami sejak dahulukala. Hingga kini tempatnya aman. Kadang-kadang menjadi tempat pilihan tindakan buang daerah pesalah jenayah dari negeri lain.

Sunday, December 13, 2009

DI MANAKAH BATU BERSURAT TERENGGANU DIPAHAT ? DI KUALA EMBUN, SEKAYU ?

Pada November 2009, saya bertemu Cikgu Muhammad Ibrahim anak watan Kampung Tanjung Baru, Jalan Jenagor, Kuala Berang (Tempat bersemayam dan pemerintahan Sultan Terengganu pertama, Sultan Zainal Abidin I. Nama sebenar baginda Tun Zainal Abidin). Cikgu mengajar saya matematik di SM Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pada tahun 1971. Dia telah bersara dan bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Kami bersembang sambil minum.

Selama satu jam kami bercerita macam-macam hal. Seperti saya, Cikgu juga ingin melihat Kuala Berang ini maju dan membangun. Lalu saya beritahunya bahawa Kuala Berang ini patut dibina Universiti Perundangan Antarabangsa di kawasan antara dua sungai iaitu Sungai Tersat (di tebingnya dijumpai Batu Bersurat Terengganu) dan Sungai Terengganu. Perlu wujudkan tamadun antara dua sungai seperti zaman dahulu di Negara Iraq sebab berhampiran lokasi ini dijumpai Batu Bersurat Terengganu yang bersejarah itu. Pada minggu lepas (awal Disember 2009), UNESCO (PBB) telah memberi pengiktirafan kepada Batu Bersurat ini.Terpahat di batu ini hal berkaitan perundangan syariah, wajarlah sebuah pusat belajar undang-undang dibina.

Cikgu Ibrahim memberitahu saya bahawa seorang bekas pelajarnya (disebut nama Encik Wan sahaja di sini) penduduk Kampung Bukit Biah, Jalan Sekayu (berjiran dengan Kampung Ipoh , sebuah kampung di tebing Sungai Tersat yang terkenal dengan cerita pengembaraan, percintaan tiga segi yang tragis dalam cerita SELASIHKU SAYANG yang ceritanya di novelkan oleh Alias Ali , dilagukan oleh Habshah(anak watan Pasir Nering) dan didramakan pada tahun 1970an ). Membanggakan ialah, novelis dan penyanyinya adalah penduduk kelahiran Kuala Berang. Menurut Encik Wan, datuknya memberitahu bahawa Batu Bersurat ini dipahat di Kampung Kuala Embun, Sekayu, Kuala Berang. Ada surau pengajian Islam zaman dahulu bertempat di Kuala Embun. Tapak kuarters FELCRA tahun 1970an di Kuala Embun, Sekayu itu adalah sebenarnya tapak surau yang dimaksudkan. Di situ tempat berkumpulnya alim-ulamak dari zaman dahulu dan pahlawan melayu tersohor seperti Datuk Bahaman, Tak Gajah dan Mat Kilau pada akhir Abad Ke 19 (1800 - 1899) atau awal Abad Ke20 sebelum mereka ke Kampung Pasir Nering 10 kilometer di hilir Sungai Tersat dan 3 km dari Pekan Kuala Berang. Pasir Nering menjadi tempat persemadian Tok Gajah. Air Sungai Embun mengalir ke Sungai Tersat. Sungai Tersat mengalir ke Sungai Terengganu melalui Kampung Buloh tempat Batu Bersurat ditemui pada Abad Ke 19 Masehi. Sungai Terengganu seterusnya mengalir bertemu Laut Cina Selatan.
Jika lokasi Kuala Embun dipilih kerajaan atau swasta untuk dibina Universiti, diharap surau (kini kuarters FELCRA) didirikan semula atas tapak asal dengan mengekalkan ciri-ciri binaan lama agar lebih nampak 'nostalgik'. Batu Bersurat juga perlu ada di situ. Saya menunggu pembinaan universiti ini dengan penuh harapan.

Pada zaman dahulu menurut cerita datuk Encik Wan dan juga saya mendapat cerita yang sama daripada emak saya (Hajah Lijah Mamat, kini 72 tahun, mempunyai pertalian saudara dengan Encik Wan. En Wan ini sanak saudaranya berketurunan Wan dan Tun), Sungai Tersat itu dalam airnya. Kapal boleh belayar dan tidak berpasir banyak seperti sekarang. Ini ada logiknya kerana Sungai Merchang dan beberapa sungai lain di Terengganu masih tidak berpasir .

Semoga cerita saya bersama Cikgu Ibrahim ini dapat memberi suatu ilham kepada pengkaji dan peminat sejarah berkaitan Batu Bersurat.

CATATAN TAMBAHAN:

Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas pernah berkata batu ini jenis dari yang terdapat di Negeri China. Kalau benar, apa kaitan Islam di Kuala Berang ini dengan Negara China. Dan seperkara lagi pada tahun 1982, Yayasan Islam Terengganu pernah menganjurkan SEMINAR KEDATANGAN ISLAM KE TERENGGANU. Saya turut hadir kerana saya guru petang Yayasan Islam Terengganu dan dijemput. VIP yang saya lihat hadir, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad Menteri Besar, Prof Syed Hussein Al Attas, Dekan dari Universiti Singapura, abang kepada Prof Naquib Al Attas, Prof OK Rahmat (kalau tak silap nama)dari Indonesia, Dato' Muhammad Salleh tokoh sejarah Terengganu dan ramai lagi cendekiawan. Pada majlis ini, saya perhati Dato' Muhammad Salleh menjadi pembicara penting. Rumusan seminar yang dibaca oleh Dato' Muhammad Salleh ialah:

1) Tarikh 1303 Masehi yang tercatat pada Batu Bersurat itu ialah tarikh ia dipahat pada batu
dan tarikh undang-undang syariah dilaksanakan di Terengganu; dan

2) Tetapi tarikh kedatangan dan amalan Islam dipercayai lebih awal dari tarikh 1303M itu.


SEKIAN DAHULU CATATAN UNTUK KALI INI. JIKA ADA MAKLUMAT TAMBAHAN, SAYA AKAN PAPARKAN LAGI.

PERMINTAAN SAYA: JIKA ADA SESIAPA YANG INGIN BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG BATU BERSURAT INI, SAYA BERBESAR HATI MENERIMA MAKLUMAT BERKENAAN DAN BERSEDIA MENERIMA APA-APA KOMEN DARIPADA TUAN/PUAN. JIKA TERDAPAT KESILAPAN MAKLUMAT DALAM PAPARAN DI ATAS, SAYA MEMOHON MAAF

Sunday, December 21, 2008

TEBATAN BANJIR

"Sayang sungguh. Melihat rumah-rumah dimasuki air banjir 4 inci sahaja. Habis seluruh rumah dan bilik-bilik kena cuci." demikian berkata saya dalam hati bila melihat banjir di Kelantan dan Kuala Terengganu baru-baru ini.

Idea dicari bagaimana untuk membuat "mini tebatan banjir di rumah." Akhirnya dapat ilham seperti berikut:

'PLASTICINE'

Bahan ini seperti tanah liat, banyak didapati di Pasaraya Mydin. Untuk sebuah rumah memerlukan perbelanjaan RM20.00 sahaja. Tampal di lubang atas lantai bilik-bilik mandi, bawah sink dan dalam tandas dan diletakan batu bata diatasnya.

Di muka pintu depan, pintu bilik air dan pintu belakang perlu disusun 'batu blok' dan diantara batu itu dialas dengan plasticine. Seorang penghuni perlu tinggal dalam rumah berkenaan ketika banjir untuk mengawas jika ada kebocoran dan menampalnya dengan plasticine.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 13, 2008

KEMPEN PRIHATIN TERHADAP PENGIDAP HIV, MENGAPA TIDAK BERJAYA?

KEMPEN KESEDARAN HIV DAN PENCEGAHAN AIDS, memberi fokus kepada sebab-sebab dijangkiti HIV ialah berkaitan amalan sex rambang. Bererti mereka yang dijangkiti kuman HIV kerana amalan hidup tidak bermoral menjijikkan.

Bila satu pihak yang lain pula menjalankan KEMPEN SAYANGI MANGSA AIDS/HIV, aktivisnya merunggut kerana kempen mereka tidak mendapat sambutan tidak seperti sambutan dan simpati orang ramai kepada mangsa banjir.

CADANGAN SAYA

Perlu diubahsuai peringkat KEMPEN KESEDARAN HIV DAN PENCEGAHAN AIDS dengan memperbetulkan kembali tanggapan umum terhadap mangsa HIV.