Tuesday, December 11, 2007

jom heboh

Ramainya muda-mudi berpasangan tanpa kawin berdua-duaan siang sampai kemalam dalam program Jom Heboh anjuran TV3 sudah 4 tahun suasana begini saya tengok. Diantara pengisian acara ialah:

1) Hiburan
2) Gerai jualan makanan, pakaian dan lain-lain

Saya sarankan pengacara dipentas hiburan juga hendaklah memberi pesanan kepada muda-mudi yang hadir seperti berikut:

1) Lain kali muda-mudi datang tengok hiburan ditemani sanak saudara;
2) Jaga diri dan jangan terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral;
3) Balik segera kerumah selesai acara, dan lain-lain pesanan yang sesuai.

TV3 juga hendaklah melantik seorang kakitangan Jabatan Agama sebagai AJK Jom Heboh pada masa akan datang. Ini bererti Jabatan Agama berkenaan diberi tanggungjawab memantau agar tidak berlaku perkara-perkara sumbang dikalangan muda-mudi dan lain-lain sepanjang Jom Heboh. Tugas mereka ini penting terutama waktu malam.

Friday, October 12, 2007

Ucapan Selamat Hari Raya

Saya ingin mengucapkan selamat menymbut Hari Raya Eidul Fitr. Semoga kita semua telah kembali kepada fitrah kita yang sebenar (yang asal) iaitu bersih suci daripada dosa dan noda bak kain putih yang belum tercemar. Sedih dalam gembira. Sedih kerana Ramadhan bulan yang mulia lagi berkat itu telah meninggalkan kita. Gembira kerana telah dapat menyempurnakan ibadah yang telah disyariatkan. Saya berdoa supaya dipanjangkan umur kita semua dan berharap dapat melaksanakan ibadat di Ramadhan lagi ditahun-tahun akan datang.

Mohon maaf zahir batin.

Sunday, September 30, 2007

Penunggang Motosikal Kemalangan Jalanraya, Siapa Bersalah ?

Pada 26 September lebih kurang jam 3 petang bertempat di Batu 3, Jalan Gambang berhampiran Pasaraya Tunas Manja Sungai Isap, Kuantan, Pahang telah berlaku kemalangan diantara sebuah lori dengan penunggang motosikal.



Kemalangan itu berpunca daripada motosikal yang dinaiki oleh remaja lelaki berkenaan terlanggar lopak sedalam 6 inci dilaluan jalan berkenaan dan dilanggar mati oleh lori setelah mangsa terjatuh kelaluan bertentangan. Pemandu lori jelas tidak bersalah kerana tidak sempat mengelak. Mangsa walau tidak memakai topi keledar tetapi faktor topi keledar bukan menjadi penyebab kemalangan itu. Kini ada dua pihak yang mungkin bertanggungjawab iaitu Roadcare atau Jabatan Kerja Raya (JKR). Kalau jalan tersebut dibawah selenggara oleh Majlis Perbandaran, maka Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) adalah bertanggungjawab.



Kaedah bagi mengesan pihak bertanggungjawab ialah melalui cara menyemak Piagam Pelanggan pejabat berkenaan mengenai tempoh masa yang diambil untuk menurap jalan yang berlubang dari tarikh ianya berlubang (berlopak). Jika Piagam tidak dipatuhi bererti



Keadilan Kepada Mangsa dan Keluarga Mangsa



Kemalangan kepada penunggang motosikal boleh berlaku bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja bila terlanggar lopak berkenaan. Samada kemalangan tersebut berlaku secara terjatuh sendiri atau dilanggar oleh kenderaan lain seperti terkena kepada mangsa. Justru pejabat yang sepatutnya menyelenggarakan jalan tersebut patut di caj kerana cuai dan mangsa serta keluarganya wajar mendapat keadilan kerana mereka tidak bersalah

Thursday, August 30, 2007

CADANGAN PROGRAM DEFORESTRATION



KAYU BALAK Kekurangan kayu balak dalam negara. Bagaimana langkah bijak mengatasinya?.
Begini caranya:
a) Semua majlis perbandaran hendaklah menanam pokok jenis balak yang mahal harganya seperti Cengal dan Merbau. Pokok-pokok ini yang dibajai dan disiram akan cepat membesar;


b) Diwujudkan pusat pembenihan bagi kayu-kayu ini bagi mengadakan 3-5 juta anak kayu-kayu balak;
c) Peruntukan kewangan menanamnya adalah menggunakan peruntukan tahunan Majlis Perbandaran (lanskap) dan,Jabatan Perhutanan;
d) Pokok boleh ditebang oleh kontraktor yang dilantik setelah berusia 30 tahun;
e) Jabatan Perhutanan adalah dikehendaki bersama Majlis Bandaran menjaga pokok-pokok ini.




Faedah Jika Cadangan Ini DiLaksanakan:


a) Tidak berlaku kekurangan bekalan kayu untuk industri perumahan dsb;
b) Kenaikkan harga rumah dapat dikawal walau tidak sepenuhnya dapat dikawal;

c) Kawasan yang ditanam pokok ini merupakan kawasan sediada yang ditanam dengan pokok lain seperti Sena,Tanjung,Palm dan lain-lain;
d) Harga balak ketika itu boleh mencecah RM3,000-RM5,000 sebatang. Negara akan mempunyai hasil balak antara RM15 billion-RM25 billion dari kawasan bandar 30 tahun lagi;

e) Cengal dan Merbau sukar tumbang oleh ribut dan ini mengurangkan kesulitan pengguna jalanraya;

f) Pokok akan ditebang nanti waktu malam. Pokok akan dipangkas dahan bila perlu. Jadi ini tidak mengganggu penduduk dan pengguna jalanraya;
g) Pendapatan negara juga berganda jika pokok balak ini ditanam sepanjang jalan Persekutuan dan lebuhraya.

Semoga mendapat perhatian semua kerajaan negeri juga Persekutuan

Monday, August 27, 2007

CADANGAN KEPADA KPWKM

Mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan, Masyarakat (KPWKM) mengadakan undang-undang bagi menghukum lelaki yang bertanggungjawab melarikan anak perempuan berumur melebihi umur 16 tahun walaupun atas dasar mencintai lelaki berkenaan. Cadangan ini dibuat kerana perkara-perkara berikut:



a) Ada lelaki yang mempunyai niat jahat ingin mengeluarkan gadis-gadis dari kawalan/jagaan ibu-bapanya supaya memudahkan dia (lelaki itu) melaksanakan niat jahatnya;

b) Ada lelaki yang meminjam wang yang mudah daripada Ah Long tanpa sebarang pekerjaan tetap menjangkakan lebih awal bahawa dia tak akan dapat membayar balik pinjaman itu akan menjadikan teman wanitanya sebagai cagaran secara diam-diam tanpa pengetahuan teman wanitanya. Taktik ini pernah dibongkar oleh pihak polis baru-baru ini;

c) Supaya keharmonian hidup keluarga dapat diperlihara; dan

d) Supaya masa dan wang ringgit tidak terbuang oleh usaha-usaha mencari anak yang hilang itu