Thursday, August 30, 2007

CADANGAN PROGRAM DEFORESTRATION



KAYU BALAK Kekurangan kayu balak dalam negara. Bagaimana langkah bijak mengatasinya?.
Begini caranya:
a) Semua majlis perbandaran hendaklah menanam pokok jenis balak yang mahal harganya seperti Cengal dan Merbau. Pokok-pokok ini yang dibajai dan disiram akan cepat membesar;


b) Diwujudkan pusat pembenihan bagi kayu-kayu ini bagi mengadakan 3-5 juta anak kayu-kayu balak;
c) Peruntukan kewangan menanamnya adalah menggunakan peruntukan tahunan Majlis Perbandaran (lanskap) dan,Jabatan Perhutanan;
d) Pokok boleh ditebang oleh kontraktor yang dilantik setelah berusia 30 tahun;
e) Jabatan Perhutanan adalah dikehendaki bersama Majlis Bandaran menjaga pokok-pokok ini.




Faedah Jika Cadangan Ini DiLaksanakan:


a) Tidak berlaku kekurangan bekalan kayu untuk industri perumahan dsb;
b) Kenaikkan harga rumah dapat dikawal walau tidak sepenuhnya dapat dikawal;

c) Kawasan yang ditanam pokok ini merupakan kawasan sediada yang ditanam dengan pokok lain seperti Sena,Tanjung,Palm dan lain-lain;
d) Harga balak ketika itu boleh mencecah RM3,000-RM5,000 sebatang. Negara akan mempunyai hasil balak antara RM15 billion-RM25 billion dari kawasan bandar 30 tahun lagi;

e) Cengal dan Merbau sukar tumbang oleh ribut dan ini mengurangkan kesulitan pengguna jalanraya;

f) Pokok akan ditebang nanti waktu malam. Pokok akan dipangkas dahan bila perlu. Jadi ini tidak mengganggu penduduk dan pengguna jalanraya;
g) Pendapatan negara juga berganda jika pokok balak ini ditanam sepanjang jalan Persekutuan dan lebuhraya.

Semoga mendapat perhatian semua kerajaan negeri juga Persekutuan

Monday, August 27, 2007

CADANGAN KEPADA KPWKM

Mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan, Masyarakat (KPWKM) mengadakan undang-undang bagi menghukum lelaki yang bertanggungjawab melarikan anak perempuan berumur melebihi umur 16 tahun walaupun atas dasar mencintai lelaki berkenaan. Cadangan ini dibuat kerana perkara-perkara berikut:



a) Ada lelaki yang mempunyai niat jahat ingin mengeluarkan gadis-gadis dari kawalan/jagaan ibu-bapanya supaya memudahkan dia (lelaki itu) melaksanakan niat jahatnya;

b) Ada lelaki yang meminjam wang yang mudah daripada Ah Long tanpa sebarang pekerjaan tetap menjangkakan lebih awal bahawa dia tak akan dapat membayar balik pinjaman itu akan menjadikan teman wanitanya sebagai cagaran secara diam-diam tanpa pengetahuan teman wanitanya. Taktik ini pernah dibongkar oleh pihak polis baru-baru ini;

c) Supaya keharmonian hidup keluarga dapat diperlihara; dan

d) Supaya masa dan wang ringgit tidak terbuang oleh usaha-usaha mencari anak yang hilang itu