Pembinaan rumah kedai dan kedai pejabat sentiasa dilakukan. Paling pesat dikawasan bandar. Kelihatan pihak bumiputera tidak mampu lagi untuk membeli terutama setelah berhutang membeli rumah kediaman. Namun ia terus dibina. Sehingga ada yang berpendapat pembinaan berterusan itu hanya untuk bukan bumiputera. Ada segelintir bumiputera sahaja berniaga dirumah kedai/kedai pejabat. Kebanyakkannya menyewa sahaja. Keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana masyarakat perniagaan bumiputera yang mampu berniaga dirumah kedai yang dibeli sendiri perlu diperbanyakkan. Tidak terlewat untuk pihak berkuasa mengubah keadaan ini supaya menjadi lebih seimbang dari segi jumlah pemilik kedai antara kaum dibandar.
Saya berpendapat, ramai bumiputera mempunyai sekali peluang memiliki rumah kedai terutama kakitangan kerajaan. Mengikut Surat Pekeliling Pinjaman Perumahan, mereka dibenarkan membeli rumah kedai dan rumah kediaman. Bagaimanapun mereka lebih berminat membeli rumah kediaman. Saya bertanya kepada rakan-rakan mengapakah berlaku demikian dan diantara jawapan yang diperolehi seperti berikut:
1) Kebanyakkan bumiputera lebih berminat memiliki rumah kediaman dan tidak mahu
berniaga;
2) Sebilangan yang lain ingin berniaga dan ingin membeli rumah kedai tetapi
berpendapat bahawa harga rumah kedai terlalu mahal. Selain daripada itu bentuk
rumah kedai tidak memenuhi citarasa bumiputera terutama orang Melayu. Misalnya
ruang tangga yang sempit, tiada ruangan beriadah. Lorong belakang yang sempit,
menyeramkan dan selalunya tempat pengumpulan sampah. Tiada tangga yang
sesuai dan selesa dibina dibelakang kedai ke tingkat atas.
Saya berpendapat reformasi rekabentuk menarik yang mengambilkira perkara 2) di atas perlu dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran dan Kementerian berkenaan agar minat memilikinya akan bertambah dikalangan kaum bumiputera.
Wednesday, March 5, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)