"Sayang sungguh. Melihat rumah-rumah dimasuki air banjir 4 inci sahaja. Habis seluruh rumah dan bilik-bilik kena cuci." demikian berkata saya dalam hati bila melihat banjir di Kelantan dan Kuala Terengganu baru-baru ini.
Idea dicari bagaimana untuk membuat "mini tebatan banjir di rumah." Akhirnya dapat ilham seperti berikut:
'PLASTICINE'
Bahan ini seperti tanah liat, banyak didapati di Pasaraya Mydin. Untuk sebuah rumah memerlukan perbelanjaan RM20.00 sahaja. Tampal di lubang atas lantai bilik-bilik mandi, bawah sink dan dalam tandas dan diletakan batu bata diatasnya.
Di muka pintu depan, pintu bilik air dan pintu belakang perlu disusun 'batu blok' dan diantara batu itu dialas dengan plasticine. Seorang penghuni perlu tinggal dalam rumah berkenaan ketika banjir untuk mengawas jika ada kebocoran dan menampalnya dengan plasticine.
SELAMAT MENCUBA
Sunday, December 21, 2008
Saturday, December 13, 2008
KEMPEN PRIHATIN TERHADAP PENGIDAP HIV, MENGAPA TIDAK BERJAYA?
KEMPEN KESEDARAN HIV DAN PENCEGAHAN AIDS, memberi fokus kepada sebab-sebab dijangkiti HIV ialah berkaitan amalan sex rambang. Bererti mereka yang dijangkiti kuman HIV kerana amalan hidup tidak bermoral menjijikkan.
Bila satu pihak yang lain pula menjalankan KEMPEN SAYANGI MANGSA AIDS/HIV, aktivisnya merunggut kerana kempen mereka tidak mendapat sambutan tidak seperti sambutan dan simpati orang ramai kepada mangsa banjir.
CADANGAN SAYA
Perlu diubahsuai peringkat KEMPEN KESEDARAN HIV DAN PENCEGAHAN AIDS dengan memperbetulkan kembali tanggapan umum terhadap mangsa HIV.

Thursday, December 11, 2008
Cadangan Mengelakkan Tempat Kediaman Runtuh
Ada lagi ikhtiar yang belum dilaksanakan untuk mengelakkan tragedi tanah runtuh seperti kejadian di Bukit Antarabangsa. Saya menurunkan dua idea untuk kita sama-sama fikirkan kalau ia boleh dilaksanakan dimana-mana tempat berisiko yang sama dalam negara kita:
1) Tanam tiang rumah sedalam 40 kaki. Makin dalam, semakin kukuh;
2) Tanam rapat dan banyak pokok kelapa. Ini kaedah tradisional yang belum dicuba. Diharap kawasan kediaman yang belum mengalami tragedi tanah runtuh perlu segera ditanam kelapa.
sila layari juga blog saya, ari-prihatin.blogspot.com

Subscribe to:
Comments (Atom)