Monday, August 27, 2007

CADANGAN KEPADA KPWKM

Mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan, Masyarakat (KPWKM) mengadakan undang-undang bagi menghukum lelaki yang bertanggungjawab melarikan anak perempuan berumur melebihi umur 16 tahun walaupun atas dasar mencintai lelaki berkenaan. Cadangan ini dibuat kerana perkara-perkara berikut:



a) Ada lelaki yang mempunyai niat jahat ingin mengeluarkan gadis-gadis dari kawalan/jagaan ibu-bapanya supaya memudahkan dia (lelaki itu) melaksanakan niat jahatnya;

b) Ada lelaki yang meminjam wang yang mudah daripada Ah Long tanpa sebarang pekerjaan tetap menjangkakan lebih awal bahawa dia tak akan dapat membayar balik pinjaman itu akan menjadikan teman wanitanya sebagai cagaran secara diam-diam tanpa pengetahuan teman wanitanya. Taktik ini pernah dibongkar oleh pihak polis baru-baru ini;

c) Supaya keharmonian hidup keluarga dapat diperlihara; dan

d) Supaya masa dan wang ringgit tidak terbuang oleh usaha-usaha mencari anak yang hilang itu

2 comments:

Mabar said...

Satu cadangan yang baik. Elok juga hang tulis kat ruangan pembaca di akhbar berita harian atau Utusan malaysia. Masuk juga ke dalam laman web kementerian berkenaan.

ari - prihatin said...

KPWKM dalam kes Allahyarham adik Nurin Jazlin ini hendaklah bijaksana dalam pendiriannya berkaitan kenyataan TS Musa IGP yang mahu mendakwa ibu-bapanya. Jika ibu-bapa kanak-kanak ini kelak didapati bersalah, didenda RM....ribuan,dibuangkerja kerana tak hadir bertugas setelah dipenjara, digari dan dipenjarakan jadilah ia umpama Sudah jatuh, ditimpa tangga.

Untuk membayar denda, terpaksalah beliau berhutang sana-sini. Bayangkan jika anaknya seorang lagi yang masih ada bersamanya melihat tangan ibu-bapanya bergari dan dipenjara alangkah tergganggu emosinya sedangkan hanya beberapa hari sebelum itu dia baru kematian saudara. Dia akan menjadi yatim piatu selama ibu-bapanya berada dalam penjara, majikan pula akan memecat pekerjanya yang tidak hadir bertugas setelah dipenjarakan.

Dalam kes adik Nurin ini, memang polis ingin menjalankan tugasnya menangkap penjenayah bermaksud pembunuh dan ibu-bapa Nurin(dianggap penjenayah kerana cuai?). Dalam menjalankan tugasnya polis tidak akan mengambilkira kesan yang akan dialami terhadap kemantapan, kebahagiaan dan maruah keluarga tersebut.

Jadi seperti disebutkan diatas, anaknya yang masih hidup itu akan menjadi yatim, ibu-bapa Nurin terpaksa berhutang membayar peguam, denda serta kos mahkamah. Anak-beranak ini akan mengalami kesan terhadap emosi mereka, trauma dsbnya. Oleh itu KPWKM perlu memberi pandangan segera mengenai pendirian PDRM yang disuarakan oleh TS Musa IGP tersebut.

Dan elok juga KPWKM mengadakan perbincangan dgn PDRM agar hendaklah bijaksana dalam menjalankan tugasnya. Pastikan kemantapan, keharmonian dan kesejahteraan keluarga berkenaan tidak terjejas oleh tindakan mereka menangkap suspek.