Tuesday, February 26, 2013

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA KOMUNITI DI KAMPUNG CHEMPAKA, KEMPADANG, KUANTAN PAHANG

Pada 24 Februari 2013, Kolej Komuniti Kuantan telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Komuniti yang telah diadakan di Padang Awam, Kampung Chempaka, Kempadang, Kuantan. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pemimpin dengan penduduk kampung berkenaan. Kira-kira 600 orang penduduk kampung Chempaka telah menyertai program ini. Beberapa acara telah diadakan sepanjang program seperti pertandingan bola sepak lima sebelah, pertandingan memasak. Para pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan turut mengadakan demonstrasi masakan dan ukiran buah.

Acara permainan bola sepak telah bermula se awal jam 9.00 pagi yang turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Shafik Fauzan, ADUN Inderaputera dan Dato' Suffian bin Awang, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga penduduk setempat.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Tanjung Lumpur merangkap Ahli EXCO Kerajan Pahang yang juga Pengerusi Kolej Komuniti Kuantan. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlawanan bola sepak dan pertandingan memasak.




No comments: